Unit Sumber Manusia Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan Bengkel Penilaian & Petunjuk Prestasi 2024/2025 pada 27 November 2024 bertempat di Hotel Travelodge, Ipoh.
Seramai 31 orang pegawai dan kakitangan SSI telah hadir bersama-sama bagi membincangkan berkenaan prestasi SSI 2024 dan hala tuju SSI bagi tahun 2025. Turut hadir Encik Zulkefli Bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI.
Dengan adanya bengkel ini diharapkan semua pegawai dan kakitangan SSI dapat menilai semula prestasi yang disasarkan dan lebih fokus mengenai Hala Tuju serta Visi dan Misi SSI pada masa akan datang.