BEST NORTHERN GOLF COURSE AWARD
ROYAL PERAK GOLF CLUB (RPGC)
9 Ogos 2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Royal Perak Golf Club (RPGC) atas kejayaan menerima Best Northern Golf Course Award yang telah dianugerahkan oleh Malaysia International Tourism Development Association (MiTDA) pada Majlis Gala Dinner yang berlangsung di Sunway Resort Hotel pada 8 Ogos 2026.
Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat membanggakan terhadap kecemerlangan RPGC dalam menyediakan kemudahan dan pengalaman golf bertaraf tinggi, sekali gus mengangkat nama Negeri Perak sebagai destinasi golf dan pelancongan yang unggul.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang pada masa hadapan.



