CERAMAH AGAMA SEMPENA ISRAK MIKRAJ

Ceramah Agama sempena Israk Mikraj anjuran KELASSI telah diadakan pada 20 Januari 2026 (Selasa) bertempat di Menara SSI dengan menjemput A.F. Ustaz Muhammad Azam bin Muhammed Adam daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sebagai penceramah.
 
Penganjuran ceramah agama ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan warga kerja terhadap peristiwa agung Israk Mikraj, di samping menyemai nilai-nilai kerohanian, memperkukuh keimanan serta menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah dan akhlak yang lebih baik dalam kehidupan seharian dan persekitaran kerja.
Skip to content