DYMM SULTAN PERAK BERKENAN BERANGKAT KE PAVILION PERAK SEMPENA MAHA 2026
3 September 2026
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat ke Pavilion Perak sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 2 September 2026.
Turut berkenan berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim dan YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak bersama isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin, serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak dan ketua-ketua jabatan.
Pavilion Perak yang diinspirasikan daripada Istana Kenangan, Kuala Kangsar mengetengahkan pelbagai pengisian berkaitan pertanian, perikanan, kraftangan, kebudayaan dan teknologi, sekali gus mempromosikan potensi serta keunikan negeri Perak.
Sebagai GLC Negeri Perak, SSI terus menyokong agenda pembangunan negeri, khususnya dalam memperkukuh sektor agro dan mempromosikan potensi ekonomi Perak melalui platform berimpak seperti MAHA.








