EKSPEDISI GUNUNG IRAU @ MOSSY FOREST ANJURAN KELASSi
Kelab Sukan dan Rekreasi Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (KELASSi) telah menganjurkan Ekspedisi Pendakian Gunung Irau @ Mossy Forest pada 19 September 2025. Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, di samping mengeratkan silaturahim, semangat kebersamaan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan warga SSI.
Seramai 19 peserta telah menyahut cabaran mendaki Gunung Irau yang terkenal dengan keindahan Mossy Forest serta laluan yang mencabar. Pendakian ini memberikan pengalaman bermakna, bukan sahaja dari segi ketahanan fizikal dan mental, malah turut menyuntik rasa kagum terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan.
Melalui aktiviti ini, para peserta bukan sahaja meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan, malah turut menyemai sikap menghargai, mencintai serta bertanggungjawab dalam memelihara kelestarian alam sekitar. Ia sekaligus mengingatkan bahawa keindahan alam semula jadi perlu dijaga agar dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.
KELASSi akan terus komited menganjurkan pelbagai program riadah dan rekreasi bagi membudayakan gaya hidup sihat, aktif, mesra alam serta berteraskan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga SSI.





