Kejohanan Boling Tenpin SSI 2024 telah diadakan pada 13 Februari 2024 bertempat di Ampang Superbowl, Ipoh.
Kejohanan ini melibatkan warga kerja SSI dan anak syarikat SSI, Solatis Power Sdn. Bhd. (SPSB) bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja SSI dan SPSB di samping menggalakkan warga kerja mengamalkan gaya hidup sihat.
Turut hadir dan mengambil bahagian dalam kategori VIP YBhg. Dato Zul Azlan bin Abu Hassan, Pengerusi SPSB dan Puan Haliza binti Sipun, Ahli Lembaga Pengarah SPSB.