KEJOHANAN MENEMBAK BAKAT KEBANGSAAN MSN / PERAK 2025
27 Ogos – 30 Ogos 2025
Kompleks Menembak Darul Ridzuan
Kejohanan ini dianjurkan bersama oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis Sukan Negeri Perak, dengan penglibatan atlet-atlet berbakat dari seluruh negeri.
Turut hadir menyaksikan acara adalah Tuan Haji Mazlan Bin Mohamad (Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak), Encik Zulkefli Bin Abdullah (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak) serta Encik Muhammad Hasni Bin Abdul Aziz (Ketua Cawangan Bakat, Bahagian Pembangunan Bakat, Majlis Sukan Negara Malaysia).
Semoga penganjuran ini dapat memperkukuhkan pembangunan bakat baharu sekaligus memperkasakan kontinjen negeri dan negara menjelang SUKMA akan datang.











