Kelab Sukan dan Rekreasi Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (KELASSi) telah menjemput Ustaz Azhar bin Ahmad daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk menyampaikan kuliah agama sempena bulan Muharram bertempat di Menara SSI.
Turut hadir ialah wakil daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Perak dan Jabatan Pendakwaan Syariah Perak.
Kuliah ini diadakan bagi menghayati kelebihan dan sejarah bulan Muharram, khususnya peristiwa Hijrah Rasulullah SAW yang menjadi asas kepada pembentukan takwim Islam. Diharapkan kuliah ini dapat menyuntik semangat perubahan diri ke arah kebaikan serta mempertingkat keimanan dan ketakwaan dalam kalangan para hadirin.