KUNJUNG HORMAT KEPADA PENGURUS BESAR YAYASAN PERAK

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Tuan Zulkefli bin Abdullah telah mengadakan Kunjung Hormat kepada Dr. Nasreen Khanum Binti Nawab Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak pada 1 Ogos 2024 bertempat di Pejabat Yayasan Perak, Ipoh.
 
Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk bertukar pandangan dan membincangkan mengenai kerjasama strategik antara SSI dan Yayasan Perak khususnya dalam pembangunan hartanah di Negeri Perak.
Skip to content