Pada 19 Februari 2026, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Encik Zulkefli bin Abdullah telah mengadakan kunjung hormat ke atas Yang Dipertua Majlis Daerah Tapah di pejabat majlis berkenaan.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta menyelaras perancangan pembangunan di daerah Tapah, termasuk projek Temoh Valley Resort yang dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara SSI dan UTM Holdings Sdn Bhd.
Sejurus selepas sesi perbincangan, rombongan turut mengadakan lawatan tapak ke Temoh Valley Resort bagi meninjau perkembangan semasa projek dan memastikan perancangan yang telah digariskan dapat dilaksanakan dengan berkesan mengikut jadual yang ditetapkan.
Diharapkan kerjasama ini terus diperkukuh demi memastikan pembangunan berjalan lancar serta memberi impak positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat.










