Skip to content Skip to footer

KUNJUNG HORMAT SSI KE JABATAN PERTANIAN NEGERI PERAK

KUNJUNG HORMAT SSI KE JABATAN PERTANIAN NEGERI PERAK
 
Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) yang diketuai oleh Encik Zulkefli bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Pertanian Negeri Perak.
Ketibaan delegasi SSI disambut mesra oleh Puan Ts. Norsiyenti binti Othman, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak.
 
Pertemuan ini diadakan bagi memperkukuh kerjasama dalam pelaksanaan Program Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), di samping membincangkan isu peneroka haram serta pelaksanaan program pemutihan bagi Fasa 2 TKPM di Sungkai.
 
Turut dibincangkan ialah kaedah terbaik untuk menangani isu peneroka terlibat serta pelaksanaan profiling tanah oleh Jabatan Pertanian bagi menentukan kesesuaian tanaman di kawasan berkenaan.
 
Perbincangan berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat kerjasama, dengan komitmen bersama untuk memperkukuh pembangunan sektor pertanian negeri secara mampan, sejajar dengan dasar kerajaan negeri khususnya dalam menjamin kelestarian pertanian dan kestabilan bekalan makanan.
 
Turut hadir, En. Mohamad Hazni bin Mohd Aman, Pengurus Kanan Bahagian Perundangan, serta Cik Noor Suriati binti Zulkipli, Eksekutif Bahagian Hartanah.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content