Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Tuan Zulkefli bin Abdullah telah menerima Kunjungan Hormat daripada Pengurus Besar Perak FC, Encik Neow Choo Seong bertempat di Menara SSI.
Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan Perak FC ke atas kerjasama yang telah diberikan oleh SSI dan juga untuk mengeratkan lagi hubungan serta kolaborasi yang terjalin di antara jabatan dalam konteks pembangunan sukan Bola Sepak di Negeri Perak.