Pada 17 April 2026, Perbadanan telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Laut bagi sesi perbincangan bersama SSI Perak berhubung pengoperasian Jeti Penumpang Pulau Pangkor.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan kedudukan semasa serta perancangan masa hadapan operasi jeti tersebut. Perbincangan turut memberi fokus kepada hala tuju serta bentuk kerjasama, khususnya dalam pengoperasian Jeti Penumpang Pulau Pangkor selepas penamatan operasi oleh Jabatan Laut, bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada pengguna dapat diteruskan dengan lebih teratur dan efisien.
Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh YBrs. Dr. Yasmin binti Mohd Hasni, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Pejabat Pengarah Laut.
Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai objektifnya dalam memberikan penjelasan serta gambaran yang lebih jelas mengenai status semasa dan hala tuju pengoperasian Jeti Penumpang Pulau Pangkor.









