Skip to content Skip to footer

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA DATUK BANDAR IPOH

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zulkefli bin Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah di Pejabat Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh pada 16 Mei 2025.
 
Pertemuan ini telah memberi ruang untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan projek pembangunan usahasama SSI di sekitar daerah Kinta, antaranya:
i. Projek perumahan 164 unit di Wilayah Gunung Rapat;
ii. Projek perumahan 47 unit di Mukim Ampang; dan
iii. Projek perumahan 120 unit Villa D’Polo, Jalan Raja Dihilir
 
SSI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sambutan yang diberikan. Semoga kerjasama strategik antara SSI dan Majlis Bandaraya Ipoh terus diperkukuh demi pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat negeri Perak.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content