Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor pada 20 Februari 2025 bertempat di Menara SSI, Ipoh.
Kunjung hormat tersebut di ketuai oleh YBrs. Encik Muhammad Helmi bin Ya’kub, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri (Bahagian Analisa & Pengurusan Strategik) serta barisan pegawai kanan.
Tujuan kunjung hormat diadakan adalah bagi mendapatkan maklumat serta perkongsian berkenaan penubuhan SSI Perak termasuk fungsi dan hala tuju perbadanan, tatacara tadbir urus serta hal-hal lain yang berkaitan.