Kunjungan hormat Puan Anisa Binti Mohd Yusoff, Pengarah Kolej Poly Tech Mara (KPTM) Ipoh ke atas Encik Zulkefli Bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai SSI di Menara SSI
Sesi kunjung hormat ini juga turut dihadiri oleh barisan pegawai pengurusan tertinggi pihak KPTM dan SSI.
Pelbagai perkara yang telah dibincangkan dalam sesi tersebut, antaranya adalah kerjasama strategik antara SSI dan juga KPTM serta perbincangan mengenai penempatan latihan industri (Internship program) pelajar KPTM Ipoh.
Pihak SSI merakamkan sekaung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak KPTM atas kunjungan hormat serta sesi perbincangan yang telah diadakan. Semoga jalinan ukhuwah dan kerjasama ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak






