KURSUS ‘PRACTICAL ENGLISH PROFICIENCY IN WORKPLACE’ SIRI 2

KURSUS ‘PRACTICAL ENGLISH PROFICIENCY IN WORKPLACE’ SIRI 2

13 August 2026
Seramai 15 lagi warga SSI telah menyertai Kursus Practical English Proficiency in Workplace Siri 2 yang berlangsung pada 10 hingga 12 Ogos 2026 di YP Training Academy Sdn. Bhd.
 
Kursus ini merupakan kesinambungan daripada Siri 1 yang bertujuan memperkukuh kemahiran Bahasa Inggeris dalam aspek komunikasi profesional dan urusan harian di tempat kerja. Pendekatan pembelajaran yang praktikal dan interaktif turut membantu meningkatkan keyakinan peserta untuk berkomunikasi dengan lebih efektif dan profesional.
 
Pelaksanaan kursus ini mencerminkan komitmen berterusan SSI dalam memperkasa kompetensi dan pembangunan profesional warga kerja agar lebih kompeten, berkeyakinan dan berdaya saing.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.