KURSUS PROFESIONALISME UNGGUL: MEMBINA ETIKA CEMERLANG, MENGURUS EMOSI DAN MEMACU SINERGI PASUKAN
8 September 2026
Kursus Profesionalisme Unggul telah diadakan pada 7 September 2026 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Menara SSI.
Kursus ini menampilkan Encik Muhammad Aliff bin Ahmad Kamal, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak sebagai penceramah yang berkongsi mengenai kepentingan integriti, etika dan profesionalisme dalam membentuk budaya kerja yang berdisiplin, bertanggungjawab serta berintegriti.
Turut diberi penekanan ialah aspek pengurusan emosi dan hubungan interpersonal di tempat kerja bagi membina persekitaran kerja yang positif, harmoni dan saling menghormati.
Kursus ini merupakan antara usaha SSI dalam memperkukuh kompetensi dan profesionalisme warga kerja, selaras dengan aspirasi organisasi ke arah kecemerlangan serta penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.








