Tahun 2025 menandakan Perak telah memasuki tahun ketiga pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030, sebuah pelan pembangunan strategik jangka panjang yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, kemajuan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan tadbir urus berkesan.
Dalam tempoh tiga tahun ini, pelbagai pencapaian telah direkodkan termasuk peningkatan kemudahan asas luar bandar, pelaburan strategik dalam sektor berimpak tinggi, pemerkasaan modal insan melalui TVET dan pendidikan, serta pendigitalan perkhidmatan awam dan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Usaha pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan bandar rendah karbon juga telah dilaksanakan sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan mampan negeri.
Namun, pelaksanaan tidak terlepas daripada cabaran, terutamanya dari segi jurang pembangunan daerah, penyelarasan agensi, dan kekangan sumber. Justeru, langkah penambahbaikan sedang dilaksana bagi memperkukuh pelaksanaan, termasuk penyasaran semula projek, pengukuhan kerjasama merentas sektor dan penekanan kepada keberhasilan berasaskan impak.
Secara keseluruhan, Perak Sejahtera 2030 berada di landasan yang tepat. Dengan asas yang telah dibina dan komitmen berterusan dari semua pihak, Perak yakin menuju ke arah negeri yang lebih maju, inklusif dan sejahtera menjelang 2030.