Skip to content Skip to footer

Latar Belakang

profil

Sejarah &
Latar Belakang

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) merupakan sebuah perbadanan yang diperbadankan di bawah Enakmen Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pemerbadanan) 1951 [Enakmen 3 Tahun 1951].

Tahun 2019 merupakan tahun yang ke-11 penubuhan SSI sebagai sebuah organisasi tetap yang bermula pada 16 Januari 2001.

Pada 1 September 2017, operasi SSI telah berpindah ke bangunan baru di Aras 10, Menara SSI, SOHO Ipoh 2, Jalan Sultan Idris Shah 30000 Ipoh yang sebelum ini dijalankan di No. 5, Blok B, Wisma SSI, Jalan Sultan Abdul Jalil 30450 Greentown, Ipoh, Perak.

profil

Fungsi & Bidang Kuasa

Peruntukan Seksyen 4(1) dan 4(2), Enakmen Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Diperbadankan) memperuntukan bahawa SSI mempunyai kuasa bagi:

  • Memasuki kontrak;
  • Memohon, membeli, memegang harta alih atau tidak alih;
  • Mencagar, menggadai, menyerah, melupuskan mana-mana harta alih dan harta tidak alih yang terletak di bawah Perbadanan;
  • Mempunyai kuasa untuk membuat pelaburan yang dibenarkan atau mana-mana pelaburan yang dibenarkan oleh Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK).

Di bawah Seksyen 5(1) Enakmen Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Diperbadankan), SSI mempunyai kuasa tambahan lain iaitu melaksanakan apa-apa jua aktiviti yang diiktirafkan sesuai oleh Perbadanan seperti:

  • Memasuki Perjanjian Usahasama;
  • Menubuhkan anak syarikat dengan persetujuan atau kelulusan MMK;
  • Membuat pinjaman di institusi kewangan dengan jumlah yang difikirkan perlu tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan oleh MMK.
 
profil

Senarai Pengerusi
SSI Perak

Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim

18.12.2019 - kini

Dato’ Haji Zainal Azman bin Abu Seman

9.10.2018 – 1.12.2019

Dato’ Haji Gazali bin Jalal

5.6.2018 – 9.10.2018

Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan

30.12.2011 – 16.4.2018

Dato’ Seri Dr. Abdul Rahman bin Hashim

16.5.2006 - 29.12.2011

Dato’ Abdul Hanan bin Alang Endut

21.8.2004 – 15.5.2006

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2025. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content