Lawatan tapak dan taklimat Request for Proposal (RFP) bagi pelantikan Master Developer Cadangan Pembangunan Ipoh Sentral telah diadakan pada 25 Mac 2024 di Bandaraya Ipoh.
Pembangunan Ipoh Sentral merupakan projek kolaborasi antara Silver Smart Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan Railway Assets Holding Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Railway Assets Corporation (RAC).
Lawatan tapak dan taklimat RFP tersebut turut dihadiri oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerjaan Negeri Perak (SSI) Tuan Zulkefli Bin Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Aset Keratapi (RAC) Dato’ Azhar Bin Ahmad.










