Lawatan Tapak ke Pejabat Baharu Pusat Pentadbiran Daerah Kerian, Dennistown l & Dennistown ll
Projek usahasama ini adalah antara SSI dan Syarikat Bumi Johan Sdn. Bhd. Lawatan tapak dijalankan bagi mendapatkan gambaran keadaan semasa di lokasi tapak cadangan projek pembangunan tersebut.
Dennistown l berkeluasan 80 ekar mengandungi Pusat Pentadbiran Kerian,Kedai Pejabat 2 tingkat (83 unit), Rumah Perakku (150 unit), Rumah Teres 1 tingkat (432 unit), Rumah Teres 2 tingkat (208 unit), Rumah berkembar (38 unit), kuarters kerajaan (19 unit) & Rumah Perakku ll (100 unit) Bagi Rumah Teres 1 tingkat 353 unit, Rumah Teres 2 tingkat 151 unit dan rumah berkembar telah (SIAP) .Baki daripada Rumah Teres tersebut dan Rumah Perakku I dijangka akan mendapat CCC pada bulan 4 tahun ini.
Manakala Kedai Pejabat dijangka siap pada hujung atau awal tahun hadapan. Skim Pembangunan bercampur di Dennistown ll berkeluasan 64 ekar akan melaksanakan pembinaan pembangunan bercampur seperti kedai pejabat 2 tingkat (32 unit), rumah teres 1 tingkat pelbagai jenis sebanyak 286 unit, rumah teres 2 tingkat 93 unit, rumah berkembar 2 tingkat ( 44 unit) dan Rumah Bandar 3 tingkat (76 unit) serta pejabat pengurusan 2 unit.
Kerja-kerja pembinaan di Dennistown II akan berjalan serentak dengan Rumah Perakku II dan kuarters Kerajaan tersebut. Dan dijangka siap pada tahun 2026 mengikut fasa.








