Skip to content Skip to footer

LAWATAN TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN BERCAMPUR PICADILLY@GREENTOWN

Ipoh, 15 Mei 2024 – Projek Pembangunan Bercampur Picadilly@Greentown merupakan projek usahasama antara SSI dan Uda Sari Sdn. Bhd. di atas tanah milik SSI berkeluasan 3.98 ekar. Projek ini menawarkan 24 unit kedai pejabat 3 tingkat, 1 unit bangunan pejabat 6 tingkat, 306 unit service suite 27 tingkat dan 399 unit service suite 28 tingkat.
 
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Zulkefli bin Abdullah bersama pegawai unit projek telah membuat lawatan tapak hari ini untuk memantau kemajuan projek tersebut. Secara keseluruhannya, status kemajuan Projek Pembangunan Bercampur ini berada pada tahap yang sangat baik. Sehingga kini, kerja-kerja pembinaan telah mencapai kira-kira 95% bagi fasa 1, 45% bagi fasa 2 dan 30% bagi fasa 3 dengan jangkaan siap pada awal tahun 2025 bagi fasa 1 dan 2. Manakala fasa 3 dijangkakan siap pada tahun 2026.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content