Skip to content Skip to footer

MAJLIS AKAD PENYERAHAN SUMBANGAN LEMBU KORBAN TAHUN 2025 DARIPADA SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC) NEGERI PERAK KEPADA KERAJAAN NEGERI PERAK

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani Bin Mohamad telah menerima lafaz akad serahan daripada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Encik Zulkefli bin Abdullah dalam Majlis Akad Penyerahan Sumbangan Lembu Korban Tahun 2025 daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Negeri Perak kepada Kerajaan Negeri Perak yang telah diadakan pada 22 Mei 2025 bertempat di Hotel Casuarina Meru.
 
Sempena pelaksanaan Program Ibadah Korban bagi tahun 2025, SSI telah menyalurkan sumbangan sebanyak 50 ekor lembu korban kepada Kerajaan Negeri Perak sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat. Sumbangan ini mencerminkan komitmen SSI dalam menyokong kesejahteraan masyarakat serta memperkukuh hubungan strategik antara sektor korporat dan kerajaan negeri.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content