Majlis Back to School SSI 2026 telah diadakan pada 22 Disember 2025 dengan penyerahan baucar Back to School kepada 26 orang anak pegawai dan kakitangan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI). Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Zulkefli bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI sebagai tanda sokongan dan keprihatinan pihak pengurusan terhadap kebajikan warga kerja SSI.
Penganjuran majlis ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dalam membuat persiapan awal persekolahan menjelang sesi baharu, di samping mencerminkan komitmen berterusan pihak pengurusan SSI dalam menjaga kebajikan serta kesejahteraan warga kerja.











