18 Mac 2026 – Dalam suasana penuh keberkatan, SSI telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim anjuran pihak Royal Perak Golf Club (RPGC), Ipoh.
Bersempena majlis ini, SSI telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada setiap pertubuhan kebajikan yang terlibat, iaitu:
* Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim dan Miskin, Ipoh
* Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Ar Ridwani
* Pertubuhan Kebajikan Cahaya Kasih Kinta
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Perak merangkap Ahli Lembaga Pengurusan SSI.
SSI juga turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir sebagai tanda kasih dan keprihatinan, sekali gus berkongsi kegembiraan menyambut Ramadan.
Diharapkan usaha ini dapat membantu meringankan beban, menyuntik keceriaan menjelang Aidilfitri serta memperkukuh hubungan silaturahim antara semua pihak.










