Majlis Makan Malam SSI Tahun 2024 telah diadakan pada 13 Disember 2024 bertempat di Mroof Hotel, Ipoh.
Tujuan majlis makan malam ini diadakan adalah sebagai satu penghargaan untuk perkhidmatan, komitmen dan dedikasi warga kerja SSI di samping dapat merapatkan hubungan silaturahim di antara Ahli Jawatankuasa SSI serta warga kerja SSI.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Dato’ Ahmad Suadi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi SSI dan isteri, YB Dato’ Azmir Shah Bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dan isteri serta Encik Zulkefli bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI dan isteri.












