Skip to content Skip to footer

MAJLIS PECAH TANAH PEMBANGUNAN IPOH SENTRAL

Multaqa Mahkamah Syariah Malaysia 2025 (MUM’S 2025) telah diadakan pada 21 hingga 24 Ogos 2025 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.
 
Program anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSPK) ini menjadi platform penting dalam memperkukuh peranan institusi kehakiman syariah negara.
 
Majlis Penutup dan Penghargaan MUM’S 2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak.
 
Sebagai tanda sokongan memperkukuhkan institusi kehakiman syariah, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) berbesar hati menyalurkan penajaan bagi menjayakan program ini. SSI diwakili oleh Encik Mohammad Hazni bin Mohd Aman, Pengurus Kanan Undang-Undang, yang hadir ke majlis penutup tersebut bagi menzahirkan sokongan penuh SSI terhadap usaha memperkasa institusi kehakiman syariah dan pembangunan modal insan negara.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2025. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content