Majlis Penutup Program S.T.A.R.T.L.E 2025 anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah diadakan pada 24 Februari 2025 bertempat di Mydin Mall, Meru Raya, Ipoh.
Tujuan program S.T.A.R.T.L.E ini diadakan adalah untuk menyediakan platform pameran dan pertandingan yang menggalakkan pelajar mencipta inovasi baharu, meningkatkan kualiti projek dan memperluaskan potensi ke peringkat kebangsaan serta antarabangsa sekali gus memperkasakan kecemerlangan dalam pendidikan, kemahiran dan penyertaan global.
Sebagai tanda sokongan dalam memupuk budaya inovasi dan penyelidikan khususnya di kalangan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Agrikultur dan Landskap, Perbadanan ini turut terlibat secara tidak langsung sebagai penaja bagi menjayakan penganjuran STARTLE 2025.
Majlis Penutup program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak. Turut hadir Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri Bin Wan Yusof selaku Naib Canselor USAS, Prof. Dato’ Dr. Ahamed Kameel Bin Mydin Meera, Timbalan Naib Canselor dan Encik Zulkefli bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI.







