Majlis Penyampaian Watikah Ketua Kontinjen SUKMA Negeri Perak dan Insentif Kecemerlangan Atlet Negeri Perak di Temasya Sukan SEA Ke-33, Thailand 2025 telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, susulan penganjuran Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak.
Majlis ini turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak serta barisan Ketua Jabatan dan Agensi Negeri.
Penganjuran majlis ini bertujuan menyampaikan watikah pelantikan Ketua Kontinjen SUKMA Negeri Perak di samping mengiktiraf pencapaian serta kecemerlangan atlet Negeri Perak yang telah mengharumkan nama negeri di Temasya Sukan SEA Ke-33, Thailand 2025.
Dalam majlis tersebut, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah menerima Watikah Pelantikan sebagai Agensi Angkat bagi sukan Menembak dan Berbasikal sempena SUKMA XXII Selangor 2026.
Seiring amanah yang diberikan, SSI komited memainkan peranan strategik bagi memperkukuhkan aspek pengurusan dan persediaan atlet secara berfokus untuk memastikan kontinjen Negeri Perak tampil lebih tersusun dan kompetitif menjelang SUKMA 2026.





