MAJLIS PENYERAHAN BENDERA NEGERI PERAK “BELANG TARUNG TIGA WARNA” KONTIJEN SUKMA DAN PARA SUKMA NEGERI PERAK 2026
6 Ogos 2026
Majlis Penyerahan Bendera Negeri Perak “Belang Tarung Tiga Warna” sempena Sukan Malaysia (SUKMA) XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 telah berlangsung pada 5 Ogos 2026 (Rabu) di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Majlis yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan ini merupakan simbolik pelepasan rasmi Kontinjen Negeri Perak yang bakal membawa cabaran negeri ke temasya SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026.
Turut berlangsung pelancaran pakaian rasmi kontinjen serta bacaan ikrar atlet sebagai manifestasi semangat, disiplin dan iltizam untuk mengharumkan nama Negeri Perak.
Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Perak dalam menyokong pembangunan sukan, memperkukuh semangat kesukanan serta memberikan suntikan motivasi kepada atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen sebelum beraksi di pentas temasya kebangsaan.
Seluruh warga SSI mendoakan agar Kontinjen Negeri Perak diberikan kekuatan, semangat juang dan kejayaan dalam menggalas amanah demi mengharumkan nama negeri di Sukan Malaysia (SUKMA) XXII dan Para SUKMA Selangor 2026.








