MAJLIS PENYERAHAN KUNCI, KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH KERIAN, PEKAN BARU DENNISTOWN

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH KERIAN, PEKAN BARU DENNISTOWN

4 Mei 2026
YAB Menteri Besar bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah menyaksikan Majlis Penyerahan Kunci Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian sebagai simbolik penyerahan rasmi projek oleh SSI kepada Kerajaan Negeri. Penyerahan kunci telah disampaikan oleh Encik Zulkefli bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif SSI kepada YBhg. Dato’ Norsham Binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) selaku wakil Kerajaan Negeri Perak.
 
Kompleks ini merupakan pembangunan strategik SSI yang menjadi nadi pentadbiran daerah, direka berkonsep moden, praktikal dan mesra pengguna. Ia dilengkapi bangunan pejabat empat dan dua tingkat, dewan serbaguna serta kafeteria bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan menyokong kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
 
Pembinaan Kompleks ini merupakan sebahagian komponen dalam Pembangunan Bercampur Dennistown seluas 144 ekar merangkumi pelbagai jenis kediaman termasuk rumah teres satu dan dua tingkat, rumah berkembar, Rumah Perakku I, II dan III, rumah bandar, kedai pejabat serta Kuarters Penjawat Awam Daerah Kerian.
 
Kos pembinaan Kompleks ini yang bernilai RM42.5 juta merupakan sumbangan SSI kepada Kerajaan Negeri mencerminkan komitmen dan keupayaan SSI dalam menyediakan infrastruktur berkualiti yang memenuhi keperluan semasa serta memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri khususnya pentadbiran Daerah Kerian dan masyarakat setempat.
 
Projek Pembangunan Bercampur Dennistown ini juga adalah selaras dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030 yang menekankan kepada pembangunan yang inklusif, sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang cekap serta kesejahteraan rakyat sebagai fokus utama dalam pembangunan negeri.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content