Majlis Penyerahan Mock Cheque Program Makanan Percuma Tuisyen Cikgu Saarani telah diadakan pada 30 Oktober 2024 di Ruang Legar Bilik Gerakan Negeri, Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Encik Zulkefli Bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif telah hadir bagi menyampaikan sumbangan yang berjumlah RM500,000.00 kepada YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak.
Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) adalah di antara 5 GLC yang turut memberikan sumbangan bagi tujuan program tersebut selain daripada Lembaga Air Perak (LAP), Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC), Perbadanan Menteri Besar (MBInc) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).
YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad berkata, Program ini menyasarkan 27,432 pelajar yang terdiri daripada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dan pelajar Kolej Vokasional di seluruh negeri Perak.
Pelajar yang menghadiri kelas tambahan dan sesi tuisyen akan menerima makanan tengah hari bernilai RM5 setiap hari, bag memastikan mereka lebih fokus dan bersemangat untuk hadir ke kelas tambahan, serta lebih bersedia menghadapi peperiksaan.





