Skip to content Skip to footer

MAJLIS PERASMIAN DEWAN CASSIA

Majlis Perasmian Dewan Cassia telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan pada 22 Mei 2025.
 
Dewan Cassia ini adalah projek penaiktarafan dewan yang telah dilaksanakan oleh Solatis Power Sdn.Bhd. iaitu anak syarikat milik Penuh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dengan kerjasama rakan strategik B&R Boutique Bridal.
 
Dewan ini dilengkapi dengan kemudahan moden, sistem pencahayaan dan pengudaraan yang baik serta susun atur ruang yang fleksibel. Ianya sesuai untuk pelbagai acara termasuk majlis perkahwinan, bengkel, seminar, program rasmi mahupun acara sosial.
 
Majlis perasmian tersebut turut diserikan dengan penyertaan kumpulan syarikat SSI yang mempamerkan pelbagai projek dan aktiviti perniagaan anak-anak syarikatnya termasuk Solatis Power Sdn. Bhd., Silver Smart Sdn.Bhd., Royal Perak Golf Club, dan Ipoh Sentral Sdn. Bhd. dan turut serta ialah Majlis Sukan Negeri Perak selaku rakan strategik SSI.
 
Semoga Dewan Cassia ini akan menjadi nadi komuniti, medan interaksi sosial dan simbol perpaduan masyarakat dengan pelbagai program yang bermanfaat.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content