YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Bin Mohammad telah merasmikan Terra Mineral Lab (TML) dan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan (CoE) pada 3 Oktober 2024 bertempat di Kawasan Perindustrian Gopeng.
Terra Mineral Lab, sebuah fasiliti yang dilengkapi teknologi terkini, mempamerkan keupayaan dalam menganalisis, mengenal pasti, dan menentusahkan kandungan pelbagai unsur mineral, termasuk Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE).
Turut hadir YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang- Undang Negeri Perak, YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak, YB Puan Sandrea Ng, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, YB Teh Kok Lim, Pengerusi JK Sains, Alam Sekitar & Teknologi Hijau Negeri Perak, Encik Zulkefli Bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI serta barisan Ketua dan Pengarah Jabatan Agensi Negeri.









