Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Bersama Penjawat Awam Negeri Perak pada 24 April 2025 bertempat di Dewan Banquet, SUK Perak.
Majlis yang menghimpunkan lebih 1,000 penjawat awam dari pelbagai agensi di Negeri Perak ini menjadi platform memantapkan kerjasama Persekutuan–Negeri demi penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
Dalam majlis ini, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) turut merasmikan Pelancaran Sistem KerjayaSPA & KhidmatSPA, selaras dengan Pelan Strategik SPA 2021–2025 ke arah perkhidmatan awam yang digital, mesra pengguna dan paperless. Beliau turut memperincikan nilai H.E.M.A.T. sebagai panduan utama untuk memastikan perkhidmatan awam kita lebih responsif, berintegriti dan professional.
Beliau juga memperkukuh komitmen terhadap Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) berteraskan 5 penumpuan utama:
Di akhir program, Tan Sri KPPA turut meluangkan masa melawat ke reruai pameran termasuk reruai SSI yang mempamerkan beberapa cadangan dan konsep Rumah Penjawat Awam Negeri Perak










