Skip to content Skip to footer

MAJLIS RIANG RIA AIDILFITRI GLC NEGERI PERAK 2025

Mulia, Ipoh pada 27 April 2025! Warga kerja GLC Negeri Perak berkumpul dalam suasana penuh kehangatan, kegembiraan dan semangat kekeluargaan.
 
Majlis bertambah gemilang dengan kehadiran tetamu kehormat, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama isteri tercinta, YBhg. Datin Seri Aezer binti Zubin. Kehadiran pasangan kehormat ini disambut dengan penuh mesra oleh barisan Ketua-Ketua GLC Negeri Perak, warga kerja serta para tetamu yang hadir.
 
Majlis Riang Ria Aidilfitri GLC Negeri Perak 2025 dimeriahkan dengan pelbagai pengisian yang menarik. Kumpulan Selendang Perak memukau dengan persembahan pembukaan, diikuti tayangan Video Khas Raya yang menyemarakkan suasana. YAB Menteri Besar Perak, dalam ucapannya, menyeru semua untuk terus memperkukuh semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan warga GLC.
 
Acara diteruskan lagi dengan jamuan Aidilfitri yang meriah, persembahan nyanyian yang menghiburkan, serta sesi penyerahan cenderahati oleh CEO Perak SADC, En. Mohd Azhar kepada YAB Menteri Besar dan isteri. Tidak ketinggalan, penghargaan diberikan kepada ketua-ketua GLC Negeri Perak. YAB Menteri Besar juga tidak lupa untuk menyempurnakan sesi penyampaian duit raya kepada anak-anak kakitangan GLC, sambil bergambar mesra bersama semua yang hadir sebelum mengakhiri majlis.
 
Majlis Riang Ria Aidilfitri GLC Negeri Perak 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh kegembiraan, meninggalkan kenangan indah yang akan terus dikenang. Semoga ikatan yang terjalin sepanjang acara ini terus menguatkan lagi perpaduan dan kerjasama kita dalam mencapai kecemerlangan bersama. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini dengan penuh keikhlasan.
 

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content