Majlis Riang Ria Aidilfitri GLC Negeri Perak bersama YAB Menteri Besar Perak telah diadakan pada 3 Mei 2024 bertempat di Laman Seri Ridzuan.
YAB MB berkesempatan membuat lawatan ke Rumah Raya SSI diiringi Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zulkefli bin Abdullah. Turut bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi SSI, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.
YAB MB turut menyampaikan sijil penghargaan kepada setiap GLC atas sumbangan dan komitmen dalam usaha pembangunan negeri Perak. Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan Dato’ Jamal Abdillah dan Ara Johari.