Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah mengadakan sambutan Majlis Rumah Terbuka Raya Last Minit bagi meraikan hari terakhir syawal pada 8 Mei 2024 bertempat di Menara SSI. Majlis tersebut adalah bertemakan ‘Potluck Raya’ yang melibatkan kerjasama diantara Warga SSI dan Anak Syarikat SSI.
Tetamu yang turut hadir adalah warga kerja jabatan yang terdapat di Menara SSI seperti Perak FC, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPA) serta Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah sudi hadir bagi memeriahkan Rumah Terbuka Raya Last Minit SSI.