MAJLIS SIMBOLIK PENYERAHAN TERMINAL PENUMPANG PANGKOR

MAJLIS SIMBOLIK PENYERAHAN
TERMINAL PENUMPANG PANGKOR

9 Julai 2026
Majlis Simbolik Penyerahan Terminal Penumpang Pangkor daripada Jabatan Laut Malaysia kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah berlangsung pada 9 Julai 2026 di Pejabat Laut Negeri Perak.
 
Majlis tersebut menyaksikan penyerahan simbolik Terminal Penumpang Pangkor oleh YBrs. Tuan Haji Abd Majid bin Haji Rais, Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara kepada YBrs. Tuan Zulkefli bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif SSI. Turut diadakan ialah lawatan tapak ke Terminal Penumpang Pangkor bagi meninjau kemudahan serta persediaan pengoperasian terminal.
 
Penyerahan ini menandakan satu langkah strategik dalam memperkukuh pengurusan dan pengoperasian Terminal Penumpang Pangkor, sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, keselesaan pengguna serta menyokong pembangunan sektor pelancongan dan pengangkutan maritim di Negeri Perak.
 
Semoga jalinan kerjasama strategik antara SSI dan Jabatan Laut Malaysia terus diperkasakan dalam merealisasikan pembangunan infrastruktur maritim yang mampan, sekali gus menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan Negeri Perak.
Skip to content