Skip to content Skip to footer

MENJEJAK TRANSFORMASI DIGITAL: E-INVOICING BERSAMA LHDN

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah menganjurkan satu sesi taklimat khas mengenai pelaksanaan sistem E-Invoicing dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
 
Tujuan utama sesi ini adalah untuk memberi pengenalan serta meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam kepada pelaksanaan sistem E-Invoicing.
 
Taklimat disampaikan oleh dua wakil daripada LHDN, iaitu Puan Nazmin Nazril dan Encik Muhammad Irfan, dengan kehadiran istimewa Puan Intan Azlina, Ketua Penolong Pengarah LHDN Perak.
 
Sesi ini turut disertai oleh wakil-wakil dari MB Inc., PKNP, Lembaga Air Perak, serta anak-anak syarikat GLC seperti Solatis Power Sdn. Bhd., Silver Smart Sdn. Bhd., Royal Perak Golf Club, Ipoh Sentral, dan UniKL.
 
Kerjasama dan penglibatan aktif semua pihak membuktikan komitmen Negeri Perak dalam mendepani era pendigitalan sistem percukaian negara

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content