Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kebajikan dan Rekreasi Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (KELASSI) Kali Pertama bagi Sesi 2025/2027 telah diadakan pada 12 Februari 2026.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi KELASSI, Cik Noor Suriati binti Zulkipli yang merakamkan penghargaan atas komitmen ahli dalam menjayakan aktiviti sepanjang tahun lalu. Ucapan seterusnya disampaikan oleh Penaung KELASSI, Encik Zulkefli bin Abdullah yang menekankan kepentingan perpaduan, kebersamaan dan semangat kerja berpasukan dalam memperkukuh peranan kelab.
Antara agenda utama mesyuarat adalah :-
Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2025;
Laporan Aktiviti Sesi 2025/2026;
Laporan Kewangan Tahun 2025; dan
Takwim Perancangan Aktiviti 2026
Mesyuarat ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh perancangan strategik kelab agar setiap program yang dirangka lebih tersusun, inklusif dan memberi manfaat kepada seluruh Ahli KELASSI.
Semoga KELASSI terus maju dan kekal aktif dalam memperkasa kebajikan serta mengeratkan silaturahim sesama warga kelab.

















