Skip to content Skip to footer

PEMANGKU KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK (SSI) TELAH MELUANGKAN MASA UNTUK BERJUMPA DENGAN PASUKAN SUKMA MENEMBAK PERAK

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Tuan Zulkefli Bin Abdullah telah meluangkan masa untuk berjumpa dengan Pasukan SUKMA Menembak Perak bertempat di Kompleks Menembak Darul Ridzuan (KMDR) pada 12 Ogos 2024.
 
Tuan Zulkefli turut memberikan sokongan moral agar para atlit Sukan Menembak Perak mendapat suntikan semangat dan kekuatan untuk meraih prestasi yang cemerlang pada temasya SUKMA XXI Sarawak yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti. SSI merupakan Agensi Angkat bagi Sukan Menembak.
 
Selamat Maju Jaya kepada Pasukan SUKMA Menembak Perak!
 

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content