ROYAL PERAK GOLF CLUB (RPGC) telah mengambil inisiatif menyediakan kemudahan EV Charging Station dalam usaha menyokong agenda hijau dan kelestarian alam sekitar seiring dengan dasar Kerajaan Persekutuan dan Pelan Perak Sejahtera 2030.
Kemudahan ini bukan sahaja memberi nilai tambah fasiliti kelab kepada ahli dan pengunjung, malah turut dibuka kepada orang awam. Langkah ini turut memperkukuhkan imej RPGC sebagai destinasi rekreasi pilihan yang progresif, mesra alam dan inklusif.
Encik Zulkefli bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI yang juga Ahli Lembaga Pengarah RPGC, telah mengadakan tinjauan di lokasi pemasangan empat (4) unit EV Charging Station berkenaan yang telah memulakan operasi pada Ogos lalu. Turut hadir ialah Puan Hanizah binti Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif RPGC.




