Skip to content Skip to footer

PENARAFAN 3 BINTANG BAGI PROJEK PERLOMBONGAN PASIR SILIKA

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah memperolehi penarafan 3 bintang bagi perlombongan pasir silika melalui operator yang dilantikan, Silika Minerals Sdn.Bhd. dalam Majlis Penyampaian Sijil Penarafan Bintang Pengauditan Menggunakan Kaedah Sustainable Development Indicator (SDI) Bagi Tahun 2024 Negeri Perak oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang telah diadakan pada 19 November bertempat di Hotel Casuarina, Ipoh.
 
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Kanan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Bahagian Penguatkuasaan dan Teknikal, YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil; Pengarah JMG Perak, Tuan Haji Nizarulikram Abdul Rahim; Penolong Pengarah Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak, Encik Haziq Faris Bin Aris; Encik Zulkefli Bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI serta barisan Ketua Agensi dan Jabatan Negeri.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content