PENGURUS KEWANGAN PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK (SSI) MELUANGKAN MASA BERTEMU ATLET PASUKAN SUKMA OLAHRAGA PERAK

Pengurus Kewangan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Puan Fatim Hana Binti Sofian telah mewakili Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI meluangkan masa bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada atlet Pasukan SUKMA Olahraga Perak bertempat di Majlis Sukan Negeri Perak pada 15 Ogos 2024.
 
Bagi SUKMA XXI Sarawak 2024 SSI telah diberi tanggungjawab sebagai Agensi Angkat bagi Sukan Olahraga. Semoga Pasukan SUKMA Olahraga Perak dapat mengekalkan momentum semangat dan dapat melakukan yang terbaik nanti.
 
Skip to content