Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan Menteri Besar Incorporated (MB Inc.) telah mengadakan satu perlawanan persahabatan bola sepak bertempat di Padang Bola Sepak Taman Dr. Seenivasagam, Ipoh.
Turut menyertai perlawanan persahabatan tersebut ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zulkefli bin Abdullah; Encik Rizam Abd Rani, selaku wakil pengurusan MB Inc. Perak; serta wakil-wakil warga kerja kedua-dua agensi berkenaan.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan atas semangat kesukanan yang tinggi dan semoga perlawanan persahabatan ini dapat mengeratkan kerjasama antara warga kerja SSI dan MB Inc.