Skip to content Skip to footer

PERLAWANAN PERSAHABATAN TENPIN BOLING PASUKAN PILIHAN ISTANA DAN PASUKAN PILIHAN YAB MENTERI BESAR PERAK

DYAM Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah telah berkenan berangkat menyaksikan Perlawanan Persahabatan Tenpin Boling antara Pasukan Pilihan Istana dan Pasukan Pilihan YAB Menteri Besar Perak yang berlangsung di UPSI Sports Bowl pada 27 Julai 2025. Perlawanan yang diadakan dalam suasana penuh mesra ini telah berjaya mengukuhkan hubungan erat antara institusi diraja dan pentadbiran negeri.
 
Perlawanan persahabatan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak; YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; dan YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri.
Turut hadir ialah YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Ahli-Ahli Dewan Negeri, Orang Besar-Orang Besar Negeri Perak, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Md Amin Md Taff, Naib Canselor UPSI, serta ketua-ketua jabatan daripada agensi kerajaan negeri, persekutuan dan GLC.
 
Pasukan Pilihan Istana telah muncul sebagai Johan perlawanan ini, manakala Pasukan Pilihan YAB Menteri Besar meraih gelaran Naib Johan. Dalam kategori individu wanita, YBrs. Puan Emma binti Ahmad Anajmi daripada Pasukan Pilihan YAB Menteri Besar telah muncul sebagai Johan dan turut menerima Anugerah High Game. Naib Johan disandang oleh YBrs. Dr. Nasreen Khanum, diikuti tempat ketiga yang diraih oleh YBrs. Cik Noor Shaabira daripada Pasukan Pilihan Istana.
 
Kategori lelaki pula menyaksikan YBhg. Dato’ Haji Mohd Zakuan daripada Pasukan Pilihan YAB Menteri Besar muncul sebagai Johan, diikuti oleh YBrs. Encik Zulkefli bin Abdullah sebagai Naib Johan, manakala YM Raja Jalil bin Raja Ziad daripada Pasukan Pilihan Istana meraih tempat ketiga. Anugerah High Game pula telah diraih oleh YBrs. Encik Mohd Sazfary bin Mohd Saad.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2025. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content