profil
Piagam Pelanggan

Memproses semua permohonan pembangunan / pembelian / penyewaan / pajakan tanah / bangunan dalam tempoh 14 hari bekerja untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa SSI selepas semua dokumen lengkap diterima.

Memberikan maklumbalas keatas permohonan dan kelulusan dalam tempoh7 hari bekerja selepas diangkatdan dipertimbangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa SSI.

Mengeluarkan surat tawaran tender atau sebutharga dalam tempoh 7 hari bekerja selepas kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tender/ Sebutharga SSI.

Memuktamadkan perjanjian usahasama / sewaan / pajakan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas menerima deraf akhir daripada pihak peguam.

Membuat pembayaran dalam tempoh 7 hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap dan mengeluarkan resit terimaan bayaran dalam tempoh 1 hari bekerja.

Memastikan sebarang surat-menyurat berkaitan pertanyaan/ aduan/ cadangan/ maklumbalas dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh penerimaan.

Memastikan pelanggan yang berurusan di kaunter / menggunakan telefon menunggu tidak melebihi tempoh 5 minit serta menerima layanan yang berkualiti dan berbudi bahasa.

Mengamalkan nilai-nilai murni dan berintegriti semasa memberikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan SSI.