Skip to content Skip to footer

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN ANTARA IPOH SENTRAL SDN. BHD. (ISSB) & COUNTRY ANNEXE SDN. BHD. (CASB)

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Antara Ipoh Sentral Sdn. Bhd. (ISSB) & Country Annexe Sdn. Bhd. (CASB) telah diadakan pada 23 Januari 2025 bertempat di Weil Hotel, Ipoh bagi Pembangunan Ipoh Sentral.
 
Pembangunan projek seluas 67 ekar berorentasikan transit (Transit-Oriented Development) dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM 6.25 Bilion akan dimulakan tahun ini.
 
Ipoh Sentral bakal mengubah landskap pembangunan bandaraya Ipoh serta dijangka memberi impak dan manfaat yang besar kepada ekonomi negeri Perak pada masa hadapan.
 
Projek Ipoh Sentral yang mengintegrasikan pengangkutan awan dan pembangunan bercampur turut mengekalkan pemuliharaan warisan dan budaya.
 
Majlis bersejarah ini telah disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan; YBhg. Datuk Haji Hasbi Bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan dan YB Dato’ Ahmad Suadi Bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi SSI Perak. Turut hadir Encik Zulkefli bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI dan YBhg. Dato’ Azhar bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif RAC.
 
Ipoh Sentral Sdn. Bhd. (ISSB) ditubuhkan pada 26 Julai 2023 merupakan kolaborasi antara anak syarikat Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) iaitu Silver Smart Sdn. Bhd (SSSB) dan anak syarikat Perbadanan Aset Keretapi (RAC) iaitu Railway Assets Holding Sdn. Bhd. (RAH).

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content